Tuesday, May 17, 2005

Hayatilah...

Hayatilah Sajak Dalam RADIO IKIM.FM (disunting kembali)

Dan sholatlah kamu sebelum kamu di sholatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupdengan kain kafan yang serba putih.
Pada waktu itu tiada guna lagi bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih.
Selepas itu kamu akan diletakkan dia atas lantai,
lalu dilaksanakan sholat jenazah dengan empat takbir
dan satu salam, berserta fatihah,
selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

Tapi
apakah empat kali takbir itu
dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah sholat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah ditinggalkan?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.
Justeru aku menyeru sekelian muslimin dan muslimat,
Usunglah dirimu ke tikar solat.
Sebelum kamu diusung ke liang lahat,
menjadi makanan cacing dan makanan ulat.
Iringlah dirimu ke masjid,
sebelum dirimu diiringi ke pusara.
Tangisilah dosa-dosa mu di dunia,
kerana tangisan tidak berguna dialam baqa'.
Sucikanlah dirimu sebelum dirimu disucikan,
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.
Dengan panggilan izrail yang menakutkan,
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan.
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diisthighfarkan
namun ketika itu ishtighfar tidak menyelamatkan.
Ingatlah di mana sahaja kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan.
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezeki Tuhan.
Justeru,bila dia menyeru, sambutlah seruannya.
Sebelum dia memanggilmu buat kali terakhirnya

Ingatlah kamu dulu hanyalah setitis air yang tidak bererti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging.
Lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
tetapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.
Yang lebih agung dari malaikat,
lahirmu bukan untuk dunia
tetapi gunakanlah ia untuk melayari bahtera akhirat

Sambutlah seruan `hayyaallahsallah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan `hayyaallahfallah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan.
Menjadi teman di perjalanan
guna kembali ke pangkuan tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan puteraIsteri,
kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tidak pernah mencecah sejadah di dunia.

No comments: