Sunday, March 12, 2006

Entah...

oittt...suma busy ker tadek org updatekan pon blog nih..uhukss..
well, here we go...a dua from a magazine..touched my heart :)

Ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dia milikku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkan kebahagian antara kami.
Agar kemesraan itu abadi.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami melayari hidup ini, ke tepian yang sejahtera dan abadi.
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi, Ya Allah seandainya telah Engkau mentakdirkan,
dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandangan, luputkannya dari ingatanku.
Dan peliharalah daku dari kekecewaan.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengerti,
berikanlah aku kekuatan.
Menolak bayangannya jauh ke dada langit.
Hilang bersama senja nan merah.
Agar sentiasa tenang.
Biarpun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah, Tuhan yg Maha Mengetahui akan setiap ketentuan.
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu.
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik utk hambaMu.
Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat.
Dengarlah rintihan hambaMu yg hina ini.
Janganlah kau membiarkan aku sendiri
setelah Engkau kurniakan daku hidayah jua petunjuk-Mu di dunia mahupun di akhirat.
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan serta kemungkaran.

Maka, kurniakanlah aku seseorang yang beriman.
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah meski diri berbuncah palitan noda.
Ya Allah, ampuni dosa-dosa silamku.
Kurniakanlah kebahagian buatku di dunia dan akhirat.
Peliharalah daku dari azab dan seksa-Mu.


ni part plg best.. ada ke lagi sebaik ini..;P
"Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki soleh tidak memandang wanita melalui nafsunya. Lelaki yang warak todak menilai wantia dari keayuan, kemanjaan serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi lelaki yang baik juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu matlamat dalam sebuah perkahwinan."

istiqamah slalu...taaa~

No comments: