Friday, August 31, 2007

Bersemperna Kemerdekaan Ke-50

Kepada semua warga Malaysia Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50.Ya semua org pong gumbira pada hari ini.Meriah sambutan pada kali ini,kali ke-50 harus le meriah kann..kann.Dengan Pesta Floral nye,Pertandingan Munge Api nye...Tapi hati ini masih terngingan-ngingan biat-biat Puisi "Perjuangan Belum Selesai"

Perjuagan Yang Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan
dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin
dan cermat bagi memastikan
negara merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan
kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya
hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya
yang berjaya
(Dr. Mahathir Mohamad Mei 1996)

4 comments:

wfazura said...

Insaf jap...
selamat menyambut merdeka ke -50

Sunan_Jati said...

hi...
merdeka sorang mukmin bila mana terkeluarnya roh dari jasad...
kerna disaat itu tutuplah buku amalannya...

13may said...

rajin hang tulih benda ni semua....

errr..keja dah selesai???

K i a H R o N g G e n G said...

zura : jgn le insaf kejap jekss..

sunan: terjelepok sebentar kuis² bukak buku check ...dose mayak wooooo

May: tulis?gua kopi pis jekss wakahakaha