Friday, July 10, 2009

RebanaMaya Please...

Assalamulaikom dan salam sejahtera,

(tetiba tak dak mood nak tulis entry ini, selepas review quotation. kurang asam betoi price dah naik)..

Ape bende RebanaMaya ini? RebanaMaya adalah nama bagi geng reban ayam. Geng reban ayam? WHAT? geng reban ayam ini adalah mereka-mereka yang berchat di joebangla chat box. Ada yang silence, ada yg active, ada yg active diluar silence didlm, dan byk le categori lain. Tak ketinggalan juga silence reader joe. Boleh ka lagu tu definasi nya...

Seperti tahun-tahun yg lepas pada kebiasaannya aktiviti yang dijalankan oleh RebanaMaya semua berkisarkan gathering merapatkan semua yg jauh dan dekat dialam Maya ke alam Nyata.Pada kali ini ditahun 2009 yg cemerlang dengan kegawatan ekonomi dan wabak penyakit menular, dengan perubahan yang berlaku seantero dunio. Dunia RebanaMaya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan kepada aktiviti yang lebih mawadah'waramah.

Aktiviti yang dicanang adalah AKTIVITI BERAMAL DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH ANAK YATIN DARUL'IZZAH BANGI yang bakal berlansong pada 12/09/09 dengan yuran Rm70 seorang(sapa nak kasi lebih dialukan). Tapi sumbangan yang diberikan boleh dalam pelbagai bentuk contoh buku-buku, bawang merah seguni, beras, tepung, baju (yang masih elok), belacan, asam keping, sardin, biskut, bedsheet, bantal kekabu (yg nie saya yg suka) dan lain-lain you name it (keychain pink pong diterima jugak!!).

Keterangan mengenai Rumah Anak Yatim Darul'Izzah boleh didapati di sini. Serba sedikit mengenai Darul'izzah : Warga darul'izzah adalah terdiri daripada pelajar lelaki sahaja yang berusia diantara 7 hingga 14/16 tahun. Pelajar ini adalah anak yatim atau yatim piatu yang datangnya dari seluruh malaysia daripada pemohonan yang diajukan kepada Darul'izzah.

Tu sahaja buat kali ini..sehingga bertemu dimajlis nanti yaa..till then wassalam.

Note: " Marilah adek manis, cikabang, seluruh warga 1 Malaysia kita beramal."

1 comment:

Anonymous said...

Saja masuk tengok-tengokk...
wakame