Monday, August 16, 2010

Ramadhan ke 5

Assalamulaikom dan salam sejahtera,

Baru hari ini mak memasak dengan gigihnya.Pada hari weekdays biasanya makpak yg sediakan. Mak cuma tlg light-light sarjok. Takat gorengkan cekodok yang dah dibancuh adunannya. Atur pinggan mangkuk tat it. Senang dan mudah je kan kerja mak. Ewahh hidup mak pun mudah sarjok. Itulah nikmatnya bertumpang teduh dibawah jagaan makpak. Lallalala...

Tapi hari ini mak masak, spagety bandung ..kelas mak guna spegety kan.kan..bukan saja nak guna spegety. My Mom tak mkn me so alternatip kepada mee mak guna spegaty.Bukan spegety bandung sarjok nya tuan-tuan dan puan-puan, mak bakaq pizza jugak. Lega dpt mkn pizza yg penuh toppingnya. Credit to kak pnut, mak amik resipi kat sana. Hasilnya sepeti dibawah :


[buruk plak pic pizza nie..]

Resipi pizza koboi mak ini senang sarjok, korang boleh try buat kat rumah. Mak ada le oter skit resipi yg asal. Nak cepat dek hooiiii, masa tidak mengizinkan. Start masak pun pun kol 5.30. Resipi nya :-

1. 11g instant yeas - cap apa pun tak pa, yg glam cap mauripan

2. 500g Tepung high protein - mak confuis sebenarnya, resipi asal ckp tepung roti. Apa beza tepung ini? ermmm..sebenarnya mak tak jumpa tepung roti tu. ekekekeekek

3. Air dalam 200ml - yg ini bergantung kepada keadaan sebenarnya, time korang uli tepung tu tuang skit-skit till doh menjadi. Menjadi mean bila dowh tu melekat dgn cantiknya tanpa meninggalkan saki baki tepung dlm bowl tu.

4. Garam sesudu kecil dibancuh dengan air suam - bukan membukit garam nya, paras flat sarjok

5. Minyak 1 sudu besaq

6. Majerin 1 sudu besaq - yang ini mak belasah je lah butter apa tah dlm frige

Toppings

1. Daging kisar sebungkus - korang belilah yg cap ramly bugger tu

2. Bawang hindia skit - beli le yg kicik sebijik

3. Capcikum hijo,kunin, merah

4. Paperoni daging/ayam

5. Mozarella cis - mak beli cis yg dah parut campuq dgn cis mozarella low fat. Cam xlogic sarjok cis low fat ekekekke...layan je lahh

6. Prego tomato puri - entah mak dah lupa nama nya..

Cara Masak Daging Kisar.

Mak campuq kan bawang putih yg telah di kisar, then gaulkan dengan daging tu. Tambahkan lada hitam, lada putih, rosmery dan jitan putih kot aiyoooo. Apa beza jintan putih dan jintan manis? ka mak yg salah. Aaaaa belasah je.

Mula-mula tumis kan bawang besaq yg telah dimayang, dah naik bau masukan daging tu.Kacau le benda ini sampai air drp daging tu benar-benar kering. Dah kering katup api, biaq daging ini sejuk.

Cara Membuat Pizaa

1. uli tepung sehingga menjadi dowh, then tinggalkan dlm 20m kira-kira it will double the sizelah. Katup dengan wet towel.

2. Dah naik sizenya, korang canaikan doh tadi, ini ikut suka lah. Mak buat thin crust. so canai le kasi nipis gitus.

3. Tara dok canai doh tu, panas kan oven 200 degree.

4. Masukan doh yg dicanai tadi utk bakaq half cook, then bawak keluar tabuqkan semua topping yg ada tu. Cis jgn boh lagi..then bakaq balik

5. Nampak peperoni dah garing skit, kuarkan balik then tabuq cis.Bakaq lagi skit..

6. Bila cis dah mencair gitusss...dah chantekk. boleh le hidangkan.

Itu sahaja utk khidmat masyarakat untuk kali ini. Selamat Berposa dan beramal ibadat. daaaa

3 comments:

syalinda johari said...

NAK TEST LA WAT PIZA KO NEH.. HEEEEEE... BUDGET KENA BELI MICROWAVE OVEN DULU.. HEEEEEE

inabu said...

huhuh, aku nak wat la pizza ikut resepi hang, selalu aku dok tgk resepi yg mcm hampeh, byk mendalah, susah...hat ni nampak cam sonang....plg sonang lg, hang mai wat kat umah aku, lagiiii senang, bawak mai la sebijik pizza itu untukku, huhuhu...

Radhi Dahlan said...

Kelas ko Yam, buat pizza! heheehhe